YS1228: VapeTector

MUHAMMAD FARIS BIN MUSNARUZIMI SMA MAARIF

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 28 times | LS: 28.0
Like it? | Support them now!

Peranti Sistem Pengesan Vape ini diinspirasikan daripada pemerhatian terhadap kaedah manual yang digunakan untuk mengesan gas yang terhasil daripada kehadiran asap akibat kesalahan pelajar sekolah menghisap vape di sekitar sekolah. Kajian ini dihasilkan dengan tujuan mengesan pelajar yang membuat kesalahan menghisap vape di dalam tandas pelajar lelaki di sekolah. Kajian ini menggunakan kobsep IOT dimana ia menggunakan aplikasi pengesan sensor iaitu MQ 135 dalam mengesan kehadiran asap vape. Alat ini boleh digunakan di dalam Android atau IOS menerusi aplikasi IFTTT. Penggunaan VapeTector ini difokuskan di tandas pelajar lelaki. Penggunaan gas sensor dan smoke sensor mendapat perhatian dalam sistem keselamatan. Antara gas yang boleh dikesan adalah seperti oksigen, karbon monoksida, karbon dioksida, water vapor dan sebagainya. (Shin-Juh Chen, 2007). Penggunaan smoke sensor modul adalah untuk mengesan asap yang berada di udara. (Alan Woods, 2010).