MUHAMMAD ADAM HARIS BIN ADE AZMAN SM TEKNIK KUALA TERENGGANU
Kini tenaga menjadi sesuatu yang penting dalam kehidupan seseorang , namun penjanaan tenaga di negara kita merosot sejak beberapa tahun ini . Disebabkan oleh itu kami mencipta satu produk baru iaitu “Carbon Piezoes Shoes” yang menggunakan bahan piezoelektrik iaitu bahan yang mampu menukarkan tekanan menjadi tenaga elektrik.Sebagai contoh daya tekanan yang dihasilkan dari aktiviti fizikal atau aktiviti lasak akan menghasilkan banyak tenaga tanpa memerlukan tenaga luaran . Objektif kami mencipta produk ini untuk menjana tenaga dengan senang tanpa memerlukan suis .Keistimewaan produk ini adalah pengguna tidak perlu mambawa tenaga kuasa tambahan (power bank). Kelebihan kasut ini ialah mempunyai tapak yang tebal serta mempunyai lapisan karbon .Kesimpulannya ,kasut ini boleh menjimatkan tenaga yang tidak dapat diperbaharui ,sekali gus memenuhi konsep teknologi hijau.