TUAN ARYANI NAJWA BINTI TUAN MARZUKI KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG
Projek inovasi PipeVision Nozzle Model merupakan satu inovasi dalam bidang pendidikan Bakeri dan pastri yang diasaskan di Kolej Vokasional Kuala Berang dengan bertujuan membantu pelajar memahami hasil sebenar penggunaan pelbagai jenis nozzle dalam hiasan kek. Ramai pelajar menghadapi kesukaran untuk membayangkan bentuk dan corak yang dihasilkan oleh setiap nozzle, sekali gus menyukarkan pemilihan yang tepat semasa proses menghias. Dengan adanya PipeVision Nozzle Model, pelajar bukan sahaja dapat memudahkan penggunaan nozzle semasa menghias kek, malah ia juga boleh diaplikasikan untuk pelbagai lagi kegunaan nozzle dalam bidang bakery dan pastry serta bidang kulinari secara am. Projek inovasi ini memperkenalkan pendekatan model fizikal dengan menggunakan piping bag dan nozzle untuk membentuk simen sebagai medium, yang kemudiannya dibiarkan mengeras bagi menghasilkan bentuk kekal yang jelas dan tepat. Model ini membolehkan pelajar melihat, membandingkan serta memahami dengan lebih baik struktur, tekstur dan corak setiap nozzle secara visual dan hands-on, sekali gus meningkatkan keyakinan, kemahiran serta ketepatan dalam menghasilkan dekorasi kek dan hasil kulinari yang lebih kreatif dan berkualiti. Selain itu, PipeVision nozzle Model diciptakan khususnya untuk membantu pelajar sewaktu kelas amali modul Cake Decoration.