ST933: EASY L'

SAIDAH SAKINAH BINTI MD YATIM KOLEJ VOKASIONAL BESUT

Easy L’ merupakan sebuah produk canggih yang direka untuk meningkatkan tahap kemudahan dan efisiensi bagi para pelancong. Easy L’ ini dilengkapi dengan sistem pengesanan berat automatik yang mampu mengukur dan memaparkan berat bagasi secara langsung. Melalui integrasi sensor berat yang sensitif, beg ini dapat memberikan bacaan berat yang tepat tanpa memerlukan timbangan luaran menggunakan penimbang lain. Kelebihan utama produk ini termasuk kemudahan dalam mengelakkan cas tambahan melibatkan lebihan berat bagasi dibenarkan oleh syarikat penerbangan, serta mengurangkan masa beratur dan usaha yang diperlukan untuk menimbang bagasi di kaunter daftar masuk.Tambahan pula, Easy L’ ini direka dengan bahan yang tahan lasak dan ringan, serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pengesanan Global Positioning System (GPS) untuk melindungi bagasi daripada kehilangan atau kecurian. Dengan gabungan teknologi pintar dan reka bentuk yang ergonomik, produk ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman perjalanan pengguna tetapi juga menetapkan standard baru dalam industri bagasi. Pemilihan masalah ditentukan secara kaedah brainstorming bagi menyenaraikan Lima (5) jenis masalah. Kesemua masalah dianalisa melalui Smart Analysis bagi penyenaraian pendek kepada permasalahan yang boleh diselesaikan secara kaedah inovasi sebelum undian ahli dilaksanakan bagi pemilihan masalah utama. Pelancong sering dikenakan cas tambahan lebihan berat bagasi semasa proses daftar masuk di lapangan terbang dipilih sebagai masalah utama melalui undian ahli sebanyak 85.7%. Design Thinking dipilih sebagai kaedah utama penyelesaian masalah melibatkan elemen Empathy, Define, Ideate, Prototype dan Test sehingga tercetus penciptaan produk Easy L’ sebagai penyelesaian utama bagi mendapatkan ketepatan berat bagasi supaya tidak melebihi berat dibenarkan oleh syarikat penerbangan selain memastikan tahap keselamatan bagasi dapat dipertingkatkan lagi. Produk ini berpotensi untuk merevolusi cara pengguna menguruskan bagasi mereka, menjadikannya lebih efisien dan bebas dari tekanan emosi. Dengan menggabungkan inovasi teknologi dan fungsi praktikal, Easy L’ ini merupakan langkah yang signifikan dalam memangkin penambah baikan industri pelancongan.