YS1281: ASSIGNMENT BOX

Noramirul Shah Bin Noran KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.1163 | 5 Likes | 43 Views | 37 times | LS: 42.6
Like it? | Support them now!

Projek Assignment Box dibangunkan bagi tujuan memudahkan para pensyarah untuk mengenal pasti pelajar yang tidak menghantar atau lewat menghantar tugasan dengan menggunakan sistem IoT. Bagi meninjau kesesuaian penggunaan Assignment Box ini telah dibangunkan dan diuji di dalam kelas. Kajian ini telah dilakukan di Kolej Vokasional Tanjung Puteri. Tinjauan mendapati responden bersetuju terhadap kesesuaian dalam penggunaan Assignment Box diaplikasikan dalam kursus elektronik di Kolej Vokasional Tanjung Puteri. Assignment Box ini sangat berguna pada waktu pembelajaran dan pemudahcaraan seperti di kelas, bengkel, dan perpustakaan. Projek ini berfungsi sebagai pembantu pensyarah dalam memastikan pelajar dapat menghantar tugasan pada waktu yang tepat. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar juga mendapat manfaat daripada penggunaan Assignment Box kerana dapat menghantar tugasan dengan kadar yang cepat dan tidak perlu lagi untuk menghantar tugasan ke meja pensyarah.