YS987: FERTILIZED POT

AHMAD ANAS SAFWAN BIN ISHAK SMK TENGKU INTAN ZAHARAH DUNGUN TERENGGANU

SINOPSIS Fertilized Pot merupakan pasu berbaja yang diinovasikan daripada bahan terbuang iaitu bekas telur ,kulit telur dan yogurt serta beberapa bahan tambahan lain seperti air suling. Pasu ini dihasilkan bertujuan untuk mengurangkan penggunaan baja kimia pada tanaman yang mampu memberi pelbagai kesan sampingan pada manusia. Fertilized Pot merupakan pasu berbaja yang mampu menyuburkan tanaman dengan kongsep ‘ pasu berbaja “ di dalamnya. Dengan menggunakan Fertilized Pot pengguna tidak perlu lagi menabur baja untuk menyuburkan tanaman kerana pasu ini sudah pun mengandungi baja sedia ada di dalamnya yang terdiri daripada kombinasi kulit telur, telur, yogurt dan bekas telur . Pasu ini berkongsepkan teknik penggunaan “ pakai buang “ iaitu pasu ini akan terurai dalam beberapa tempoh masa tertentu bersama -sama dengan tanah di sekitarnya.Fertilized Pot sesuai untuk semua jenis tanaman iaitu tanaman jenis sayur-sayuran, buah-buahan mahupun tanaman hiasan seperti pokok. Hasil Kajian dan pemerhatian yang kami lakukan dalam tempoh 3 minggu , pokok yang menggunakan Fertilied Pot lebih cepat membesar sebanyak 0.7 inci dari pokok dalam pasu biasa. Selain mampu menyuburkan tanaman , penghasilan Fertilized Pot juga semula bahan terbuang mampu menyelamatkan alam sekitar daripada pencemaran alam sekitar. Fertilized Pot juga memudahkan pengguna, petani dan pekebun untuk menanam pelbagai jenis tanaman dan mendapatkan hasil yang lebih produktif. Fertilized Pot yang dihasilkan daripada kulit telur , telur dan yogurt ini mengandungi mengandungi mengandungi 95% kalsium karbonat atau sekitar 2 gram. Kalsium karbonat penting untuk meningkatkan kesuburan tanah . Kulit telur juga telur kaya dengan kalsium yang berubah menjadi kalsium karbonat dan berfungsi meningkatkan pertumbuhan tanaman. Kajian daripada sumber Internet juga menunjukkan kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya medium yang baik untuk pertumbuhan optimum bagi tanam