ONEL OBRIAN ANAK STEVEN SMK PENRISSEN
Permainan "Sigma Alloy Maze" direka untuk memperkenalkan dan memperkukuhkan pemahaman pelajar mengenai konsep aloi melalui kad berbentuk permainan “maze”. Dalam permainan ini, pelajar akan menghadapi laluan yang kompleks, di mana mereka perlu menyelesaikan cabaran berkaitan dengan pelbagai jenis aloi serta komposisinya pada akhir laluan. Setiap cabaran dalam laluan memerlukan pelajar untuk mengingat dan menyesuaikan logam utama dan atom asing bagi setiap aloi. Objektif utama permainan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang tajuk aloi dengan menyediakan konteks praktikal di mana mereka dapat menerapkan konsep-konsep teori dalam situasi simulatif. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan permainan "Sigma Alloy Maze" dalam memudahkan pemahaman pelajar mengenai aloi dan memperbaiki penglibatan mereka dalam proses pembelajaran. Permainan ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar mengenai jenis-jenis aloi, dan komposisinya. Selain itu, permainan ini meningkatkan motivasi dan minat pelajar terhadap subjek sains topik Kimia Industri Sains Tingkatan 4.