YS1332: PAPER SAIL PM

NUR QAMARINA QISTINA BINTI ABDUL RAZAK KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 24 times | LS: 24.0
Like it? | Support them now!

Paper sails (layar kertas) merupakan salah satu hiasan kek yang popular, murah, mudah dihasilkan, tampak kreatif, unik dan menarik. Ia biasanya diperbuat daripada tepung beras, kanji, air dan pewarna. Ia boleh dibentuk dan dikeringkan kepada bentuk yang kreatif mengikut tema kek. Penghasilkan layar kertas menggunakan kulit manggis merupakan idea pelajar semasa melaksanakan projek tahun akhir bagi Diploma Seni Kulinari, Kolej Vokasional Sungai Petani 2. Kulit manggis diklasifikasikan sebagai bahan terbuang tetapi kaya dengan pelbagai khasiat pemakanan mengandungi serat selulosa, bahan bioaktif bersifat antioksida, anti inflamasi dan anti radang. Pemilihan kulit manggis sebagai bahan utama penghasilkan layar kertas bagi mengoptimumkan kegunaannya sebagai bahan yang bermanfaat. Kulit manggis bahagian perikarpa telah dikisar halus bersama 20% isi manggis, kanji ubi kentang dan air bagi menghasilkan adunan pes cair seterusnya dipanaskan di dalam ketuhar selama 45 saat bagi menggeringkan teksturnya. Layar kertas yang dikeringkan boleh terus digunakan sebagai bahan hiasan kek atau boleh juga ditambah pewarna bagi mencantikkan lagi layar kertas tersebut. Struktur layar boleh dikemaskan lagi dengan membentuk layar menjadi bentuk yang lebih artistik mengikut tema tertentu. Layar kertas perkarpa kulit manggis ini telah menambah sensori produk dari segi kekenyalan pada tektur, aroma buah manggis, rasa manis semulajadi dan rupa bentuk yang unik. Layar kertas ini juga boleh dijadikan sebagai hiasan kepada produk makanan yang lain seperti salad, pengiring hidangan utama dan juga hiasan konfeksioneri yang lain. Penghasilan projek tahun akhir seperti ini menggalakkan pelajar mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mereka sepanjang berada di Kolej Vokasional terutama bagi kursus Pembuatan Kek seperti yang digariskan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia.