SS2148: I-AQLA : Interaktif Asas Qawaid Lughah Arabiyyah

NURSYAFIQAH ATHIRAH BINTI MOHD AMAN Universiti Sultan Zainal Abidin

Kemahiran bahasa Arab amat penting dalam menghubungkan kita dengan masyarakat dunia dalam bidang ilmu ataupun komunikasi. Namun, pengajaran yang berpusatkan guru dan kurang bahan interaktif menjadi cabaran utama. Modul inovatif ini dibangunkan khas untuk pelajar Tingkatan 2, menekankan aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan dan bermakna. Kandungan modul meliputi latihan tasrif fiil, pengenalan ma'ani kalimah, aktiviti perbuatan harian, serta pembinaan ayat lengkap sama ada jumlah ismiyyah atau filiyyah. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan penguasaan mufradat dan tatabahasa, tetapi juga merangsang komunikasi, pemikiran kritis dan keyakinan pelajar dalam menggunakan bahasa Arab.