JS1529: GESC (Green Energy Solar Charger).

ZARITH ANAQI BIN MIRWAN SK SERI PAYA

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.0370 | 1 Likes | 27 Views | 30 times | LS: 31.0
Like it? | Support them now!

GESC (Green Energy Solar Charger) merupakan projek yang boleh menghasilkan tenaga elektrik daripada sumber yang boleh baharu iaitu Tenaga Matahari. GESC juga meneroka ilmu inovasi STEM dan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan atau SDG (Sustainable Development Goals) berjaya dilaksanakan. Inovasi GESC ini menyokong SDG 7 (Tenaga Berpatutan dan Bersih) dan SDG 4 (Pendidikan Berkualiti). Projek ni juga diaplikasikan daripada matapelajaran RBT Tahun 5 Sekolah Rendah. Tenaga matahari dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik melalui panel suria yang mengubah cahaya matahari menjadi tenaga elektrik. Tenaga ini lebih bersih dan mesra alam kerana tiada bahan tercemar dibebaskan berbanding dengan tenaga fosil seperti petrolium, gas asli dan arang batu yang juga semakin berkurangan. Penggunaan tenaga fosil akan menyebabkan kesan rumah hijau dan sebaliknya penggunan tenaga solar mampu mengurangkan kesan rumah hijau. GESC telah berjaya menghasilkan bekalan elektrik sehingga 12V DC. GESC sangat praktikal dan mudah dibina serta menggunakan bahan terpakai seperti bateri motosikal dan tong cat. Ia juga mudah dibawa kemana-mana yang boleh digunakan seperti aktiviti perkhemahan dan rekreasi, penempatan banjir serta terputus bekalan elektrik di rumah. Projek Inovasi ini merupakan projek kolaborasi di antara pihak sekolah dengan FKEE, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).