YS101: FATHU MACCA

AREEFA NUR HANNAH BINTI MOHAMAD HAZIKIN Smk Semerah Padi

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.3089 | 38 Likes | 123 Views | 92 times | LS: 141.7
Like it? | Support them now!

Fathu Macca merupakan salah satu tajuk yang terdapat dalam DSKP subjek Pendidikan Islam tingkatan 3 . Ia bermula dengan termeterainya perjanjian Hudaibiah sehingga berakhir kepada pembukaan Kota Mekah (Fathu Macca) . Melihat kepada kesukaran pelajar dalam memahami tajuk ini , maka timbul idea untuk membuat   inovasi yang menarik dalam usaha memberi kefahaman kepada pelajar dalam reka bentuk baru berbentuk replika. Ini bertujuan  menimbulkan minat pelajar terhadap apa yang berlaku dalam sirah Rasulullah SAW. Dalam inovasi ini , pelajar akan mengetahui  peristiwa mengikut urutan yang berlaku langkah demi langkah . Pelajar akan didedahkan kepada gambaran  situasi di padang pasir , tentera - tentera islam (pengikut Rasulullah SAW) kenderaan yang dinaiki seperti unta dan kuda perang , unggun api dari lampu (gabungan alat elektronik) . Bentuk inovasi lain dalam inovasi ini ialah tampilan nota - nota ringkas dalam pelbagai bentuk  seperti “buku skrap” (ukuran kecil) yang dihiasi pelbagai warna yang menarik. Selain itu pelbagai bentuk peta minda akan digunakan untuk menarik minat pelajar dalam memahami dan mengingati peristiwa yang berlaku sebelum pembukaan kota Mekah. Tampilan inovasi ini  menggunakan “card board” sebagai dasar utama dalam membina isi kandungan pelajaran yang telah diinovasikan dengan pelbagai bentuk dan warna warna yang menarik.Harapan kami dengan adanya inovasi dalam tajuk “Fathu Macca” pelajar akan termotivasi  untuk lebih mengetahui tentang sirah para nabi, sekaligus menanam semangat cinta kasih kepada baginda Rasulullah SAW.