YS1082: Terapi Realiti Maya VR Galeri Kaunseling Dan AR K-Dice

FATIN HANNANI BINTI KHAIRULARIFIN SM AGAMA KOTA TINGGI

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 12 Views | 43 times | LS: 43.0
Like it? | Support them now!

Projek inovasi ini tercetus berikutan Pandemik COVID-19 menyaksikan ramai terkesan dengan perubahan itu dan terpaksa melalui kesukaran dalam proses penyesuaian sepanjang pandemik. Masalah gangguan mental dalam kalangan murid bukanlah suatu mitos atau perkara yang remeh dan isu itu semakin mencuri perhatian apabila terkesan secara emosi dan mental kesan daripada pandemik apabila rutin harian mereka terganggu. Justeru ibu bapa dan masyarakat perlu menyedari bahawa gangguan kesihatan mental dalam kalangan murid sekolah sedang berlaku dan akan terus meningkat sekiranya tiada intervensi atau rawatan bagi membantu mereka. Murid sekolah adalah golongan yang mudah terjejas dari segi emosi dan tingkah laku mereka kerana fitrah mereka yang dalam proses mengadaptasi dan mendepani cabaran kehidupan. Murid-murid yang terkurung dalam rumah sepanjang tempoh PKP adalah berisiko memberi reaksi negatif dari sudut emosi dan tingkah laku mereka sekiranya tidak ditangani dengan baik. Justeru perhatian serius harus diberikan kepada golongan ini agar mempunyai tahap gaya daya tindak yang baik untuk terus kekal stabil mendepani era normal baharu dalam kehidupan amnya dan dalam pembelajaran khasnya. Menjadi agenda utama dalam pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dalam era pandemik ini untuk memberikan tumpuan kepada golongan murid yang memerlukan bantuan dan sokongan secara psikososial untuk mendepani cabaran pembelajaran norma baharu sekaligus memastikan emosi dan mental murid berada dalam keadaan stabil dan sejahtera.Teknik terapi realiti maya merupakan satu teknologi yang mampu menggabungkan benda maya 2D mahupun 3D. Penggunaan AR (Augmented Reality ) dan Virtual Reality ini dibangunkan dengan menggunakan aplikasi perisian Cospaces dengan beberapa pengaturcaraan.