JS198: Taharah Soap4u Kertas Sabun Taharah Untuk Kegunaan Mengembara

NUR ALFI SAFIYYAH BINTI MUHAMMAD FARIS SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 14 Views | 42 times | LS: 42.0
Like it? | Support them now!

Kertas Sabun Taharah (Taharah Soap4u) adalah medium yang diformulasikan khusus untuk bersuci dalam Islam, terutama dalam membersihkan najis mughallazah (najis berat seperti air liur anjing dan khinzir) serta najis lainnya. Sabun ini adalah dalam bentuk helaian nipis dan mudah di bawa kemana-mana terutama semasa mengembara ke negara minoriti Islam. Tujuan: Kertas sabun taharah adalah sabun dalam bentuk helaian tipis yang mudah larut dalam air dan kaedah moden untuk bersuci dengan mudah, terutama bagi umat islam yang mengembara atau melancong ke luar negara yang minoriti Islam. Alat dan Bahan: Tanah liat, lemak kelapa sawit, glyserin dan pewangi tanpa alkohol, kertas larut air (water-soluble paper), gunting dan kotak kecil untuk penyimpanan kertas sabun. Cara guna: Ambil satu helai kertas sabun taharah. Basahkan  tangan atau bahagian yang terkena najis dengan sedikit air. Gosok kertas sabun hingga berbuih. Jika untuk najis mughallazah, pastikan mengulanginya 7 kali. Bilas dengan air bersih hingga tidak ada sisa sabun. Keunikan produk: Kertas sabun taharah adalah sabun dalam bentuk helaian tipis yang mudah larut dalam air dan kaedah moden untuk bersuci dengan mudah. Ianya sekaligus dapat memastikan kesucian sesuai dengan syariat Islam, terutama dalam membersihkan najis mughallazah. Kaedah ini adalah ringkas dan mudah untuk penggunaan sehari-hari atau dalam perjalanan. Kesimpulan: Sabun dalam bentuk kertas ini adalah produk yang mudah disimpan dalam poket dan mudah dibawa kemana-mana untuk kegunaan bersuci (samak atau sertu) anggota badan dan peralatan terutamanya semasa mengembara.