YS480: ULTRACK

NUR'AISYAH BT MOHAMMED NUR HISHAM KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA REMBAU

Ultrack merupakan 2 gabungan perkataan iaitu ultra dan rack. Ultra dari segi umum bermaksud serbaguna. Manakala rack bermaksud rak. Produk inovasi yang kami hasilkan ini bertujuan membantu pelajar mahupun pekerja landskap untuk mengangkut dan membawa barang serta bahan kerja landskap dengan lebih efesien. Terdapat ruang pembahagian bagi bahan dan barang mengikut kategori yang disediakan di dalam ultrack. Selain itu terdapat banyak manfaat yang diperolehi dari penghasilan produk inovasi ini antaranya menjimatkan masa, memudahkan dari segi penyusunan item landskap, fleksibel dari segi ruang dan mudah dibawa. Kesimpulannya, ultrack membawa banyak kebaikan dan ia mampu menjanjikan kesenangan dan kemudahan yang lebih efektif.