YS307: Automatic Fire Extinguisher Box (A-Feb)

Hadif Irfan Bin Nurul Izwan Kolej Vokasional Ampangan

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 18 times | LS: 18.0
Like it? | Support them now!

Alat pemadam api adalah alat penting untuk memadam kebakaran pada peringkat awal dan membantu menyelamatkan nyawa serta harta benda sementara menunggu bantuan bomba. Namun, terdapat beberapa masalah yang berlaku pada alat pemadam api seperti kejadian vandalisme terhadap alat ini dan juga kecurian. Bagi mengatasi masalah ini, projek Automatic Fire Extinguisher Box (A-Feb) telah dibangunkan. Projek ini menggunakan sensor asap, RFID dan aplikasi telegram. A-Feb ini dikunci menggunakan solenoid dan boleh dibuka menggunakan dua kaedah. Yang pertama ianya boleh dibuka menggunakan kad RFID dan yang kedua ianya akan terbuka secara automatik apabila sensor mengesan asap. Selain itu, apabila pintu A-Feb dibuka, satu notifikasi akan sampai ke telegram person in charge untuk memaklumkan bahawa kebakaran dikesan dan pintu A-Feb telah dibuka. Untuk ciri keselamatan, apabila tiada bekalan elektrik, pintu A-Feb akan terbuka secara automatik. Strobe light dan buzzer akan berbunyi apabila asap dikesan, ini dapat memudahkan pengguna mengenalpasti kedudukan alat pemadam api dengan mudah. Projek ini bertujuan memastikan keselamatan alat pemadam api dan dapat mengelakkan alat pemadam api menjadi mangsa vandalisme dan kecurian. Projek ini berjaya dibangunkan dan diterima baik oleh pengguna serta berjaya mencapai objektifnya. Projek ini diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan teknologi dan meningkatkan keselamatan di premis dan kawasan sekolah.