Nor Ellysha Nigina Binti Muhd Khairudin SMK SULTAN MANSOR
M’TEEN PEEL COOKIES
Noor Ain binti Salleh 1
Meriam binti Ibrahim2
Nor Ellysha Nigina binti Muhd Khairudin3
Nur Adriana Batrisyia binti Mohd Zuraidi4
Diyana Aisyah binti Sufian5
Che Ku Arsyad Khaizuran bin Che Ku Syawal6
Muhammad Adam Fikri bin Napi7
1 SMK SULTAN MANSOR
noorainsalleh9@gmail.com
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi membangunkan produk inovasi M’teen Peel Cookies berasaskan penggunaan pes kulit manggis sebagai medium sokongan dalam PdP pelajar PVMA Penyediaan dan Penghasilan Makanan. Produk ini berkonsepkan From Discarded Peel to Functional Dessert dengan menukarkan kulit manggis yang lazimnya dibuang kepada snek bernilai tambah, berkhasiat dan berpotensi komersial. Pes kulit manggis dicampurkan ke dalam adunan cookies bagi menghasilkan warna ungu semula jadi, tekstur menarik serta nilai nutrisi lebih baik melalui kandungan serat dan antioksidan seperti xanthone. Inovasi ini selaras dengan kandungan pembelajaran CU03 Cooking Method yang menekankan kaedah memasak, penghasilan produk kreatif dan keusahawanan makanan. Seramai 30 orang pelajar SMK Sultan Mansor, Kuala Terengganu dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik Google Form dan penilaian sensori terhadap sampel produk. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 85% responden menyukai warna produk, 80% berpuas hati dengan tekstur produk, 92% bersetuju produk ini inovatif dan berpotensi pasaran, manakala 88% bersedia membeli produk. Secara keseluruhannya, M’teen Peel Cookies diterima baik oleh responden serta berpotensi dikomersialkan sebagai snek premium di samping menyokong kelestarian, pengurangan sisa makanan dan pembelajaran berasaskan inovasi selaras dengan aspirasi pendidikan TVET.
Keywords: M’teen Peel Cookies