YS1345: BAKED SISSOO SPINACH CRISP

NURUL ATIKAH SYUHADA BINTI MAT ZUKI KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 13 times | LS: 13.0
Like it? | Support them now!

Idea menghasilkan snek Baked Sisso Spinach Crisp ini merupakan satu inovasi menambahbaik dan memvariasikan produk seumpamanya seperti baked seaweed crisp berasaskan rumpai laut seperti yang terdapat di pasaran. Snek berasaskan bayam Brazil ini dihasilkan dengan kaedah bake crisp menggunakan ‘hot air oven’ yang dapat menyeragamkan suhu pada permukaan crisp agar masak dengan sekata. Selain itu juga teknik memasak ini dapat mengawal kelembapan dan tekanan pada crisp agar snek yang dihasilkan mempunyai tekstur, warna, rasa, aroma dan rupa yang dikehendaki. Snek sihat ini tidak menggunakan minyak, bahan perasa dan pewarna tambahan. Bayam Brazil kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang memberi manfaat kepada kesihatan. Proses penghasilan snek ini telah memberi impak kepada fizikal sensori dari segi tekstur, aroma, rasa dan warna produk. Fokus sasaran produk ini ialah golongan yang kurang gemar mengambil sayuran dalam diet harian. Hasil tinjauan kajian yang dikumpul melalui maklum balas daripada 100 responden mendapati majoriti bersetuju bahawa produk ini ranggup mempunyai rupa, bentuk dan kesesuaian rasa yang baik serta berpotensi untuk dikomersialkan di pasaran. Kesimpulannya, produk ini dapat menambah variasi baked crisp di pasaran dan dapat mengetengahkan bayam brazil sebagai snek sihat yang sedap.