YS575: TOSERUM

NUR FARISAH QISTINA BT MOHD FAISAL SBP INTEGRASI JEMPOL

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 10 Views | 59 times | LS: 59.0
Like it? | Support them now!

Pada era globalisasi ini, sesetengah masyarakat menjadi malas untuk membasuh rambut. Hal ini demikian kerana mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi yang menyebabkan mereka kurang mengambil berat tentang kesihatan dan kebersihan rambut masing-masing. Perkara ini terjadi kerana mereka sibuk dengan hal dunia yang menghalang mereka untuk membuat penjagaan rambut yang rapi. Perkara ini harus diatasi sebelum menjadi lebih teruk. Seterusnya bagi mengatasi masalah ini, pihak kami telah mencipta sebuah produk terbaharu bernama ‘toserum’.Toserum adalah sebuah produk kecantikan yang dicipta khas bagi masyarakat yang kurang gemar membasuh rambut. Produk ini adalah gabungan topi dan span. Ianya dicipta bagi memudahkan para masyarakat menjaga rapi rambut mereka. Bahan-bahan yang kami gunakan untuk hasilkan produk ini ialah sebuah topi, beberapa span dan serum rambut. Bahan-bahan ini juga dijamin selamat dan mesra alam. Selain itu, cara penggunaannya amatlah mudah. Anda hanya perlu menyarungkan sahaja topi tersebut ke atas kepala dan ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja anda pergi. Jelaslah bahawa produk ini mudah digunakan dan dapat membantu masalah penjagaan rambut. Harapan kami supaya produk kami dapat membantu masyarakat yang mempunyai masalah rambut dan kami juga berharap agar produk ini dapat dipasarkan ke seluruh dunia. Kata kunci: toserum, mudah dibawa dan produk kecantikan.