JS942: EASY CLEAN WATER FILTER (ECWF)

Afif Jazimin Syazwan Bin Sahar SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TAWAU II

Air merupakan keperluan asas Manusia. Malah air yang bersih boleh mempengaruhi emosi dah sahsiah dalam kalangan murid sekolah. Kecerdasan emosi berkait rapat dengan persekitaran yang menyenangkan Mahir Razali, S. Rostam, K. & Awang (2014). Emosi pelajar yang tenang, positif dan selesa dikaitkan dengan kemudahan dan perkhidmatan air yang teratur, stabil dan mempunyai aliran serta takungan yang mencukupi memandangkan air adalah sumber asli yang sememangnya diakui menjadi keperluan asas insan yang bergelar manusia. Ohaka, A.R., Ozorl, P.E., &Ohaka (2013) Masalah bekalan air di sekolah sering mendatangkan ketidakselesaan kepada seluruh warga sekolah. Satu inisiatif telah diambil untuk membantu mengatasi masalah tersebut dengan membangunkan satu inovasi yang dinamakan sebagai Easy Clean Water Filter(ECWF) . iaitu alat yang digunakan untuk menapis air bagi mendapatkan bekalan air yang bersih dengan kos yang sangat murah dan menggunakan bahan kitar semula. Hakikatnya, terdapat banyak peralatan dan bahan yang sedia ada yang boleh digunakan untuk membuat penapisan bagi mendapatkan bekalan air bersih dari yang harga murah sehinggalah mencecah ribuan ringgit.Namun Easy Clean Water Fillter(ECWF) adalah satu idea yang praktikal untuk digunakan sebagai satu alternatif mendapatkan bekalan air bersih. Tinjauan awal di sekolah terdapat 3 tangki yang tidak digunakan tetapi keadaan tangki tersebut masih dalam keadaan baik dan berada di bawah pancuran dan setelah ECWF dibangunkan ketiga-tiga tangki tersebut telah dijadikan sebagai tempat takungan sumber bekalan air bersih yang telah memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah.