YS943: BAMBOO HERBS SALT

AHMAD HAIKAL FAUZAN BIN ROSLI KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 36 times | LS: 36.0
Like it? | Support them now!

Bamboo Herbs Salt adalah suplemen garam kepada ternakan ruminan dengan menggunakan kombinasi bahan semulajadi iaitu halia, daun betik dan daun pegaga. Ianya dapat meningkatkan kesihatan dan produktiviti ternakan selain daripada memenuhi keperluan nutrien seperti Fosforus, Zat Besi, Zink dan Kalsium. Produk ini dapat mengurangkan masalah kembung perut, memperbaiki fungsi hati (detoks) dan masalah kecacingan. Lubang kecil yang telah ditebuk pada buluh dapat mengurangkan pembaziran garam. Kesimpulannya, Bamboo Herbs Salt ini sebagai bahan makanan ternakan telah mencapai 3M iaitu murah, mudah dan menyelerakan. Produk ini bukan sahaja meningkatkan kualiti pemberian garam tetapi juga memanfaatkan kelebihan herba-herba tradisional dalam meningkatkan kesihatan ternakan.