HIMANEESH REDDY A/L SARAVANAN SJK(T) LADANG BANOPDANE
Type Y
Kajian ini dijalakan untuk meninjau tahap berkesanan program AINS(NILAM) dalam kalangan murid SJK(T) Ladang Banopdane Bidor yang merupakan sebuah sekolah SKM yang terletak di bandar Bidor.Satu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu di dalam sebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Amalan ini perlu dipupuk di kalangan murid dari awal persekolahan. Tidak boleh dinafikan bahawa Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat atau gedungyang boleh mebantu KPM merealiskan budaya membaca di kalangan pelajar sekaligus mewujudkan proses pembelajaran sepanjang hayat. Setiap tahun pelbagai usaha telah dijalankan untuk menarik minat murid menyertai program NILAM. Oleh yang demikian Pusat sumber sekolah mengambil instif dengan mewujudkan Rak Buku Maya untuk kegunaan semua pelajar semasa program NILAM . Dengan perkataan lain, pengguna tidak perlu hadir ke perpustakaan berkenaan untuk memperoleh buku cerita, bahan bacaan NILAM sebaliknya buku cerita dan bahan bacaan boleh diperoleh melalui Rak buku maya secara digital. Rak buku maya memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan program NILAM SJK(T) Ladang Banopdane, Bidor.
our Abstract Here!