Syed Hussain Muthahhari Bin Syed Ja'affar Kolej Vokasional Melaka Tengah
Kerja pembaikan jalan meningkatkan risiko kemalangan jika kawalan trafik tidak berkesan. Sistem konvensional menggunakan pengawal trafik menghadapi kekangan seperti keletihan dan masalah komunikasi, terutama di kawasan selekoh. Bagi mengatasi isu ini, Sistem Kawalan Isyarat Trafik Automatik (SKITA) dibangunkan untuk menggantikan pengawal manual. SKITA menggunakan ESP32 dan modul LoRa bagi komunikasi tanpa wayar sehingga satu kilometer. Lampu isyarat dikawal melalui alat kawalan jauh, membolehkan aliran trafik satu lorong dikendalikan bergilir-gilir. Diperbuat daripada bahan tahan lasak dan kalis cuaca, SKITA meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan kawalan trafik semasa penyelenggaraan jalan.