JS1440: MY COORDINATE

NUR AIDA BINTI AMIRUDDIN SK KAMPUNG SELAMAT

Koordinat ialah nombor yang digunakan untuk menunjukkan lokasi garisan, permukaan atau ruang. Sistem Cartes digunakan untuk menentukan kedudukan suatu titik pada satah Cartes. Suatu satah Cartes terdiri daripada dua garis nombor yang bersilang pada sudut tegak. Titik persilangan antara paksi-x dan paksi-y dinamakan asalan. Kedudukan suatu titik pada satah Cartes diwakili dengan pasangan nombor bertertib (x, y) yang dinamakan koordinat titik. Koordinat asalan O ialah (0, 0). Inovasi ini adalah untuk membantu penguasaan murid dalam menyatakan titik koordinat melalui alat yang dinamakan MY COORDINATE. Didapati murid – murid tidak dapat menyatakan titik koordinat dan tata tanda penulisan yang tidak tepat. Melalui bahan bantu mengajar ini yang telah diinovasi, di dapati murid lebih mudah memahaminya. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pemudahcaraan di kalangan guru dan murid. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar My Coordinate dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada murid. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat murid juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong sesuatu yang menarik.