ST653: Biocoff-f

Muhammad Irfan Bin Razali KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

BIOCOFF-F FERTILIZER merupakan baja cecair secara organik yang mengandungi 6 bahan iaitu hampas kopi, telur, belacan, Effective microorganism, molasses dan air tanpa klorin. Hampas kopi adalah bahan utama dalam penghasilan Biocoff-f. Produk ini merupakan satu inovasi dimana baja organik yang mesra alam dengan penggunaan secara semburan pada pucuk, daun dan bunga tanaman hiasan serta dicampurkan dalam media tanaman hiasan. Penghasilan Biocoff-f telah melalui 2 proses utama iaitu melarutkan serbuk kopi dan mencampurkan 6 bahan utama hampas kopi, telur, belacan, Effective microorganism, molasses dan air tanpa klorin. Produk ini dihasilkan untuk menggalakkan pertumbuhan bunga tanaman hiasan, meningkatkan pH tanah dan mengusir kehadiran serangga perosak seperti hama. Produk ini adalah 100% bahan organik, mesra alam dan selamat digunakan oleh pengguna. BIOCOFF-F FERTILIZER memberi manfaat kepada persekitaran, ekonomi dan masyarakat. Produk ini sangat praktikal digunakan pada semua tanaman hiasan terutamanya tanaman hiasan jenis berbunga.