JS1465: LYNX PUZZLE

NURIN IMANINA BINTI MOHD FAIZ AZRI SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI

Lynx Puzzle merupakan Inovasi bahan bantu belajar yang dicipta bagi meningkatkan tahap penguasaan murid bagi topik Mesin, meningkatkan minat serta prestasi murid terhadap subjek sains. Responden kajian terdiri daripada 10 orang murid tahun 6 Al-Ghazali dari Sekolah Kebangsaan Bagan Serai, Perak dengan wajaran enam orang lelaki dan empat orang perempuan. Tinjauan awal mendapati murid menghadapi masalah untuk mengenalpasti jenis mesin ringkas. Justeru, kajian dijalankan dengan menggunakan instrumen analisis data, ujian pra dan pasca serta pemerhatian. Lynx Puzzle ini menggunakan kaedah padanan gambar dan mempunyai penerangan di bahagian belakang kad. Murid boleh menyemak sama ada padanan gambar mesin dan nama mesin betul atau salah secara kendiri berdasarkan padanan warna dan penerangan bagi setiap kad Lynx Puzzle. Dapatan kajian menunjukkan penguasaan murid terhadap topik Mesin meningkat. Manakala analisa ujian pra dan pasca pula menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 42%. Seterusnya, dapatan kajian ini turut menunjukkan perubahan sikap murid ke arah yang lebih positif setelah intervensi diperkenalkan. Dapatan ini membuktikan bahawa penggunaan Lynx Puzzle membantu meningkatkan tahap penguasaan murid bagi topik Mesin, meningkatkan prestasi serta minat murid bagi subjek sains.