ST1169: SHAKEME-AMARAN AWAL BANJIR

NURUL ARISSYA SYAZLIANA BINTI MD KAMAL POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

Bencana banjir memberikan impak kepada masyarakat terutamanya risiko kemalangan akibat lemas dan kerugian akibat kerosakan harta benda. Hal ini disebabkan oleh ketiadaan peranti pengesan banjir untuk kegunaan pengguna, ditambah dengan tahap kesedaran masyarakat yang masih rendah terhadap amaran banjir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). ShakeMe dihasilkan bagi mengesan peningkatan paras air yang mampu memberi amaran kepada masyarakat. Peranti ini memberikan amaran dalam bentuk Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada penghuni kediaman apabila ia mengesan peningkatan paras air pada tahap berjaga-jaga dan amaran. Kajian dijalankan dengan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kuantitatif melalui borang soal selidik yang dianalisa secara deskriptif serta pengujian produk, manakala kaedah kualitatif dijalankan secara temubual. Hasil kajian mendapati masa respons penerima SMS berkaitan amaran banjir adalah dalam julat 6 hingga 20 saat. Purata bacaan bagi menentukan aras berjaga-jaga adalah pada separuh kedalaman longkang, manakala bagi aras amaran adalah pada ¾ kedalaman longkang. Peranti ini diharap dapat meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap bencana banjir dan sistem amaran banjir di kawasan kediaman.