YS1545: THE INTELLIGENT CLOTHES HANGER (AUTO AMPAIAN)

WAN NURUL IZZATI BT WAN AZMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0556 | 1 Likes | 18 Views | 31 times | LS: 32.1
Like it? | Support them now!

Projek kami bertajuk "The Intelligent Clothes Hanger" yang bertujuan untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke-12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab. Kami telah mengenal pasti beberapa cabaran yang dihadapi oleh suri rumah dan individu yang bekerja dalam proses pengeringan pakaian, terutamanya berkaitan dengan penggunaan kaedah tradisional seperti ampaian di luar rumah. Dalam konteks ini, cuaca yang tidak menentu seperti hujan dan kekurangan cahaya matahari seringkali menjadi halangan utama yang mengganggu proses pengeringan pakaian. Keadaan ini tidak hanya melambatkan proses pengeringan, tetapi juga meningkatkan risiko pakaian menjadi lembap dan berbau hapak. Selain itu, bagi individu yang sibuk terutamanya pada hari bekerja, proses mengalihkan pakaian secara manual juga menjadi suatu beban tambahan yang menyulitkan. Oleh itu, melalui projek ini, kami berhasrat untuk menyediakan satu penyelesaian yang inovatif. Dengan dilengkapi sensor kelembapan, "The Intelligent Clothes Hanger" akan berfungsi secara automatik. Apabila dikesan kelembapan yang tinggi, ia akan mengalihkan pakaian ke tempat perlindungan dengan automatik, memastikan bahawa pakaian tidak terkena hujan dan keadaan lembap. Dengan ini, kami berharap dapat meningkatkan keselamatan dan keselesaan dalam pengurusan pakaian, serta menyumbang kepada amalan penggunaan dan pengeluaran yang lebih bertanggungjawab.