MUHAMMAD ISYRAF FIRDAUS BIN HASSIM Universiti Pendidikan Sultan Idris
ABSTRAK
Pendidikan abad ke-21 memerlukan kaedah pembelajaran yang lebih inovatif dan interaktif. (Radig.RBT) Rakan Digital RBT ‘Pendamping Digital bagi Penguasaan Konsep Pengaturcaraaan’ ialah satu inisiatif berfokuskan kepada murid-murid yang mengambil subjek RBT (darjah 4 - 6) bagi membantu memantapkan ilmu penguasaan dalam ilmu pengaturcaraaan. Apabila murid-murid mahir dalam bidang ini, mereka akan lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam bidang ini. Sebagai contoh, menyertai pertandingan robotik dan sebagainnya. Ianya merupakan satu pembelajaran yang berkesan bagi memantapkan lagi ilmu dalam bidang TVET. Pengenalannya ialah teknologi yang bertujuan untuk murid-murid mengusai konsep pengaturcaraan dengan lebih efektif dan interaktif. Kajian menunjukkan bahawa lebih 31% murid menghadapi kesukaran dalam memahami konsep pengaturcaraan. Hal ini disebabkan oleh pendekatan pengajaran tradisional yang kurang menarik dan tidak sesuai dengan gaya pembelajaran generasi digital masa kini. Guru juga menghadapi cabaran dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang efektif dan interaktif untuk topik ini. Penyelesaian melalui aplikasi (Radig.RBT) yang memperkenalkan pendekatan pembelajaran yang interaktif dengan memanfaatkan teknologi terkini seperti penggunaan AI (school AI) dan bimbingan menggunakan sistem pengaturcaraan seperti (coding, arduino dan thinker cad). Aplikasi ini juga dilengkapi dengan nota tambahan, permainan interaktif secara digital, kelas bimbingan atas talian dan sebagainya. Kelebihannya dengan menyediakan platform pembelajaran yang adaptif dan responsif terhadap keperluan individu murid. Setiap infomasi yang dilengkapkan dalam aplikasi ini mengikut panduan dalam buku teks KSSR. Bimbingan juga diberikan oleh tenaga pengajar serta diwujudkan kelas program kelas komuniti (PKK) pada setiap hujung minggu. Inisiatifnya bagi memperkenalkan (RaDig.RBT) kepada semua pihak disamping pada yang sama bagi mengkomersialkan produk aplikasi ini secara menyeluruh. Selain itu, 100% guru bersetuju bahawa aplikasi ini menggalakkan pembelajaran kendiri dan mengurangkan kebergantungan terhadap kaedah pasif. Sebagai inovasi pendidikan digital yang berkesan dan berimpak tinggi, (RaDig.RBT) bukan sekadar alat bantu pembelajaran, tetapi juga pemangkin kepada pengajaran subjek reka bentuk dan teknologi yang lebih moden dan menarik. Kejayaan ini membuktikan AI dan teknologi pembelajaran secara digital dalam pendidikan mampu meningkatkan pemahaman murid, mempercepatkan proses pembelajaran serta berpotensi diperluaskan kepada mata pelajaran lain pada masa hadapan.