JS771: BA-ji(Bina Ayat Dengan Emoji)

KAVINESH A/L KESEVAN SJKT METHODIST KAPAR

Teknik Ba-ji (Bina Ayat dengan Emoji ) ini digunakan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam kalangan murid pemulihan. Kemahiran membina ayat dikalangan murid pemulihan , merupakan peringkat yang tinggi dalam kemahiran menulis secara mentalis. Justeru itu, Teknik ini melibatkan penggunaan gambar emoji yang menekankan konsep visualisasi. Teknik BA-ji telah dicipta dimana murid dapat membina ayat mudah dengan menggunakan emoji-emoji yang ada dalam aplikasi telefon pintar. Terdapat tiga paparan iaitu paparan 1-nama,paparan ke-2-kata kerja dan paparan ke-3-objek. Melalui kaedah ini, murid dapat Menyusun gambar mengikut Teknik SKOP dan menulis ayat dengan tatabahasa yang betul. Dengan ini murid dapat membina satu yang tunggal dengan mudah.