PR1370: Cari Saya!

Dr Kamariah Binti Abu Bakar Tadika Tunas UKM

VIC24 | Professional

CR: nan | Likes | Views | 98 times | LS: 98.0
Like it? | Support them now!

Kaedah konvensional dalam mengecam, mengenal, dan menyebut nama huruf serta penggunaan lembaran kerja sering menyebabkan murid lambat belajar dan mudah hilang tumpuan. Justeru, Cari saya! (CS!) direka bagi membantu murid mengecam, mengenal, dan menyebut huruf a-j melalui kaedah yang menyeronokkan. Cari Saya! ini dihasilkan menggunakan bahan kitar semula, berkos rendah dan mudah didapati serta menarik minat murid untuk bermain sambil belajar mengenal huruf a-j. CS! ini mengaplikasikan kaedah kualitatif menggunakan pemerhatian ke atas 10 orang murid di sebuah tadika di Bangi. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan kemahiran mengecam, mengenal, dan menyebut huruf a-j berbanding kaedah konvensional.