YS1557: SEGAK SMARTBUZZ V3.0

Muhammad Nuwair Haziq Bin Nazlin SMK TAMAN RIA JAYA

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.1667 | 2 Likes | 12 Views | 43 times | LS: 45.3
Like it? | Support them now!

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Komponen Kecergasan berdasarkan kesihatan terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti dan komposisi badan. Terdapat lima instrumen dalam bateri Ujian SEGAK. Fokus utama projek inovasi dalam pembelajaran abad ke-21 ini ialah ujian tekan tubi atau tekan tubi ubah suai. Kami mendapati cara pelaksanaan ujian tekan tubi perlu diberi penambahbaikan untuk mendapatkan data keputusan ujian yang lebih tepat berbanding kaedah yang sedia ada kini. Untuk tujuan itu kami membangunkan sebuah peranti SEGAK SMARTBUZZ V3.0 Penghasilan SEGAK SMARTBUZZ V3.0 ini ialah untuk menggantikan penggunaan span semasa bateri ujian SEGAK iaitu tekan tubi dilaksanakan. Tujuan SEGAK SMARTBUZZ ialah untuk mendapatkan data yang lebih tepat melalui isyarat buzer dan Sensor sentuh serta LCD panel.