JS2180: CITRO

MUHAMMAD AISY BIN MOHD HANIF SK BATU BERENDAM

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 25 times | LS: 25.0
Like it? | Support them now!

Inovasi Citrus Repellent dihasilkan sebagai alternatif mesra alam bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan kimia dalam produk penghalau serangga. Inovasi ini memanfaatkan sisa kulit limau mandarin yang biasanya dibuang selepas dimakan, dengan menggabungkannya bersama minyak kelapa dara, minyak zaitun, serta minyak pati seperti lavender dan peppermint. Formulasi ini menghasilkan tiga produk utama iaitu Spray Repellent, Balm Repellent, dan Lilin Aromaterapi Repellent yang boleh digunakan pada kulit dan persekitaran untuk menghalau nyamuk serta serangga lain secara selamat dan berkesan. Kajian ini dijalankan untuk menangani dua isu utama: peningkatan kes penyakit bawaan nyamuk seperti denggi, serta masalah lambakan sisa kulit buah-buahan. Citrus Repellent memberi penekanan kepada penggunaan bahan semula jadi, pemeliharaan alam sekitar serta pendidikan kesedaran terhadap pengurusan sisa makanan. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 20 orang guru dan murid sekolah rendah, serta 10 orang ibu bapa yang telah mencuba ketiga-tiga produk inovasi ini dalam tempoh seminggu. Melalui soal selidik dan sesi maklum balas, majoriti responden menyatakan produk ini Mempunyai bau yang menyenangkan, tidak menyebabkan iritasi pada kulit, mampu menghalau nyamuk secara efektif, dan memberikan nilai tambah kerana menggunakan bahan buangan yang dikitar semula. Impak inovasi ini menunjukkan potensi besar dalam pendidikan lestari, penjagaan kesihatan komuniti serta pengurusan sisa makanan. Ia sesuai diperkenalkan di sekolah sebagai projek STEM dan boleh dikembangkan ke peringkat komuniti atau keusahawanan sosial.