MUHAMMAD AQIL HAKIMI BIN AZHARI MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA BERANG
“Merdecat Edutaiment dan Patriotisme” adalah permainan video yang berteraskan pendidikan yang di inovasi khas untuk memupuk minat para pelajar akan subjek sejarah, meningkatkan pencapaian dan menerapkan elemen patriotisme. Subjek sejarah adalah amat penting, bukan sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja. Namun cabaran timbul kerasa tidak semua pelajar mampu menghafal fakta yang ada. Permainan video yang bersifat edutaiment ini dibina melalui platform Construct 3 yang digunakan sebagai bahan bantu mengulangkaji pembelajaran yang mempunyai penggunaan grafik yang dapat meningkatkan minat para pelajar. Penghasilan Merdecat ini tidak memerlukan sebarang kos dan boleh digunakan secara meluas. Permainan video ini dibahagikan kepada beberapa peringkat menguji kefahaman para pelajar akan subtopik yang telah dipelajari. Permainan video ini juga boleh dipasarkan melalui aplikasi playstore atau laman sesawang itch.io. Inovasi boleh digunakan di sekolah menengah sebagai bahan bantu mengajar dan mengulangkaji. Selain itu, prestasi dalam akademik juga dapat dipertingkatkan melalui pembelajaran yang berkualiti selaras dengan matlamat pembangunan mampan yang ke-empat iaitu pendidikan berkualiti dan juga pembelajaran abad ke-21. Produk inovasi ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk minat terhadap subjek sejarah dan patriotisme.