SHARIFAH NURUL HIDAYAH BINTI SYED MAHMUD Kolej Vokasional (ERT) Azizah
Menjaga kecantikan merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan seseorang individu terutama sekali wanita tidak kira usia. Kecantikan bukan sahaja dipandang dari segi wajah yang berseri akan tetapi ianya juga di pandang dari segi mata yang menawan. Bak kata pepatah dari mata turun ke hati, oleh itu setiap individu yang bergelar wanita pasti menginginkan mata mereka sentiasa kelihatan menawan. Pada zaman kini terdapat pelbagai jenis produk kosmetik telah diciptakan untuk memenuhi kehendak seseorang pengguna bagi mencantikan wajah mereka dan sebagai unsur untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang individu. Walaubagaimanapun, terdapat permasalahan yang sukar untuk diatasi oleh produk tersebut sebagai contoh bawah mata yang kusam dan gelap akibat kekurangan tidur ataupun stress. Selain itu kesembapan mata dan kekeringan dibawah mata juga menjadi suatu permasalahan yang sukar untuk diatasi. Oleh itu wujudnya idea untuk menghasilkan produk inovasi yang diberi nama Flaxseed Eye Gel yang mampu merawat masalah lingkaran hitam di bawah mata, kesembapan di bawah mata serta dapat melembapkan kulit dibawah mata. Produk ini dapat membantu seseorang individu untuk mempunyai mata yang menawan. Tekstur produk ini yang halus dan baunya yang menenangkan sedikit sebanyak dapat membantu individu yang memakainya berasa tenang. Oleh itu sasaran pengguna bagi produk ini ialah kepada pelajar sekolah dan individu yang mempunyai masalah dibahagian bawah mata. Produk ini juga berpatutan dan selamat untuk digunakan kerana produk ini dihasilkan menggunakan bahan organik. Semoga produk ini dapat membantu individu-individu untuk mendapatkan mata yang sentiasa kelihatan menawan.