YS1425: DIY Home Fire Extinguisher

MUHAMMAD HARITH BIN MOHD SAIFUL NIZAM Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.1333 | 2 Likes | 15 Views | 1 times | LS: 3.3
Like it? | Support them now!

Kebakaran kecil di rumah sering berlaku akibat kebocoran gas, litar pintas elektrik dan kecuaian di dapur.
Namun, tidak semua rumah mempunyai alat pemadam api kerana harganya agak mahal dan sesetengah
penghuni kurang mengetahui cara penggunaannya. Selain itu, kebakaran kecil boleh menjadi lebih besar
jika tindakan awal tidak dilakukan dengan cepat. Oleh itu, sebuah pemadam api DIY yang mudah
dibuat, murah, selamat dan mesra pengguna diperlukan bagi membantu memadam
kebakaran kecil di rumah serta meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan
masyarakat.

Projek pemadam api DIY untuk rumah ini dihasilkan kerana masih ramai masyarakat
tidak mempunyai alat pemadam api di rumah akibat harga yang mahal serta kurang
kesedaran tentang keselamatan kebakaran. Selain itu, kebakaran kecil seperti di dapur
atau akibat litar pintas boleh menjadi lebih serius jika tindakan awal tidak dilakukan
dengan segera. Tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan alat pemadam api yang
mudah dibuat, kos rendah dan selamat digunakan bagi membantu mengawal kebakaran
kecil di rumah. Projek ini dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan mudah
didapati seperti botol plastik, cuka dan serbuk penaik yang dapat menghasilkan gas
untuk membantu memadam api. Hasil projek ini dapat meningkatkan kesedaran
tentang langkah keselamatan kebakaran serta memberi alternatif pemadam api yang
murah, mudah digunakan dan sesuai untuk kegunaan di rumah.