ANGELLIEYSHIA YHANA ANAK EGO SJK CHUNG HUA SIMUNJAN
Inovasi ini bertajuk “Buku Magic – Mikroorganisma” yang dibangunkan bagi membantu murid memahami konsep mikroorganisma dengan lebih mudah dan menyeronokkan. Ramai murid menghadapi kesukaran untuk memahami maksud mikroorganisma, jenis-jenisnya serta proses kehidupan seperti pernafasan, pergerakan, dan pertumbuhan. Selain itu, murid juga kurang jelas tentang kebaikan dan keburukan mikroorganisma dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, Buku Magic Mikroorganisma dihasilkan sebagai bahan bantu belajar interaktif yang menggabungkan nota ringkas, visual berwarna, serta elemen aktiviti “magic” seperti kad lipat, flip page dan soalan ringkas. Buku ini merangkumi pengenalan mikroorganisma, jenis-jenis mikroorganisma seperti bakteria, virus, fungi, alga dan protozoa, proses kehidupan mikroorganisma, serta kesan positif dan negatif mikroorganisma.
Pendekatan inovatif ini bertujuan meningkatkan minat murid, memudahkan pemahaman konsep abstrak, serta menggalakkan pembelajaran aktif. Diharapkan Buku Magic Mikroorganisma ini dapat membantu murid menguasai topik sains dengan lebih berkesan dan menyeronokkan.