MUHAMMAD ZAHEIN AMMAR BIN MOHD NAJIB HAMDAN SEK KEB PERMATANG PASIR
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mereka bentuk alat automatik pemberi makanan dan minuman bagi anak ayam menggunakan bahan kitar semula seperti botol plastik. Persoalan kajian ialah adakah alat ini dapat memudahkan proses pemberian makanan dan air secara berterusan tanpa pembaziran. Hipotesis kajian menyatakan bahawa alat ini mampu menjimatkan masa serta mengurangkan pembaziran makanan dan air berbanding kaedah manual.
Metodologi kajian melibatkan pembinaan alat dan pemerhatian terhadap penggunaan oleh anak ayam. Hasil analisis menunjukkan alat ini berfungsi dengan baik serta memastikan bekalan makanan dan air sentiasa mencukupi. Kesimpulannya, alat ini praktikal, menjimatkan masa dan mesra alam.
Kata kunci: automatik, anak ayam, makanan, air, kitar semula