NURINA AISYAH BINTI MOHD ZUBIR SM TEKNIK KUALA TERENGGANU
Inovasi RESOAP merupakan sabun pencuci pakaian biodegradable berasaskan minyak masak terpakai. Inovasi ini menggabungkan prinsip sains kimia dan STEM. Ia menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Objektif inovasi ini ialah membangunkan sabun organik mesra alam tanpa sisa plastik.
Inovasi ini terhasil ekoran pembuangan minyak masak terpakai yang mencemarkan air dan tanah. Selain itu, detergen sintetik di pasaran didapati menghasilkan sisa kimia berbahaya. Dalam pada itu, masalah kurangnya inovasi STEM dalam produk pencuci tempatan juga memacu kepada idea penghasilan inovasi ini. Keunikan inovasi ini adalah formula saintifik berasaskan minyak masak terpakai
sebagai alat cucian inovatif untuk pencucian moden. Kelebihan inovasi ini ialah kos bahan mentah yang rendah iaitu minyak masak terpakai. Inovasi ini juga dilihat dapat memberi nilai impak STEM kepada alam sekitar dan komuniti. Selain itu, ia dapat mengurangkan pencemaran minyak terpakai. Harapan inovasi RESOAP dapat memberi impak positif dalam inovasi sabun secara global. Ia bukan sahaja menyelesaikan masalah pencemaran, tetapi juga membuka peluang aplikasi STEM dalam industri pencucian pakaian moden.