AHMAD ZAID BIN AHMAD MUBARAQ SEKOLAH AGAMA MENENGAH BANDAR BARU SALAK TINGGI
PLASTERRA ialah bioplastik biodegradasi buatan sendiri yang dibangunkan sebagai alternatif mesra alam kepada plastik konvensional berasaskan petroleum. Produk ini dihasilkan menggunakan bahan seperti gelatine dan glycerin melalui proses pemanasan dan pengacuan yang ringkas serta kos rendah. Bioplastik yang terhasil bersifat fleksibel, mudah dibentuk dan boleh terurai secara semula jadi.
Ujian asas menunjukkan PLASTERRA sesuai digunakan untuk pembungkusan ringan dan terurai lebih cepat berbanding plastik biasa. Inovasi ini berpotensi mengurangkan pencemaran plastik dan menyokong amalan lestari. PLASTERRA mempunyai potensi untuk dikomersialkan sebagai bahan pembungkusan mesra alam serta sesuai untuk pendidikan dan pembangunan produk hijau.