JS2062: GUMMY SIHAT NUTRI-KIDS

NOR RANIA HANIS BINTI RAFEDON SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT

VIC26 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 19 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Ramai kanak-kanak kurang gemar makan sayur-sayuran kerana rasanya yang pahit, manakala snek komersial di pasaran pula mengandungi kandungan gula dan pewarna tiruan yang tinggi. Projek ini bertujuan menghasilkan "Gummy Sihat Nutri-Kids", iaitu snek kenyal berkhasiat berasaskan 100% pati buah dan sayuran sebenar seperti lobak merah, strawberi, bayam dan epal. Kaedah pembuatan melibatkan pengekstrakan jus, campuran serbuk gelatin halal atau agar-agar, serta madu sebagai pemanis semula jadi. Inovasi ini berjaya menyembunyikan rasa sayur melalui warna dan rasa buah asli yang digemari kanak-kanak. Produk mesra gigi ini menyokong SDG 3 dalam menyediakan alternatif snek bernutrisi dan menyeronokkan.