KHAIRUL IDZWAN BIN ALIMUDDIN SMK Kalabakan
K-GRAF GL
Omar Bin Hanafiah1,John Anak Noha2, Khairul Idzwan Bin Alimuddin3 , Nollan Keane Alfred4,
Muhammad Firdaus Bin Abdul Aziz5
khbsmkut@yahoo.com
SMK Kalabakan, Tawau, Sabah
Abstrak
Inovasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah elemen kritikal dalam mentransformasi pendidikan, terutamanya dalam subjek Matematik yang sering dianggap abstrak oleh murid. Projek ini memperkenalkan K-Graf GL (K-Graf Garis Lurus), satu Alat Bantu Mengajar (ABM) yang direka untuk memudahkan pemahaman topik Graf Garis Lurus dan persamaannya, y = mx + c. Projek ini selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada pembelajaran berasaskan projek (Project-Based Learning) dan penglibatan aktif murid. Matlamat inovasi ini adalah untuk meningkatkan penguasaan konsep asas Graf Garis Lurus, terutamanya aspek Kecerunan (m) dan Pintasan-y (c), serta kemampuan murid mengaplikasikan konsep ini dalam menyelesaikan masalah. Selain itu projek inovasi ini juga dapat meningkatkan peratus penguasaan murid dalam topik Graf Garis Lurus, menyediakan pengalaman pembelajaran visual dan kinestetik yang membantu pemahaman terhadap persamaan y = mx + c.dan menggalakkan murid meneroka dan menganalisis hubungan antara nilai pemboleh ubah dengan bentuk dan kedudukan graf. K-Graf GL adalah inovasi yang Berjaya mendekatkan jurang antara kefahaman teori yang abstrak dan pengalaman visual yang konkrit dalam topik Graf Garis Lurus. Kejayaan projek ini membuktikan bahawa ABM berkonsepkan manipulatif fizikal mampu meningkatkan minat dan penguasaan matematik murid secara signifikan, sekaligus memupuk budaya inovasi dalam kalangan guru dan pelajar. Projek ini disarankan untuk diperluaskan ke kelas-kelas dan sekolah-sekolah lain.
Kata Kunci: Graf Garis Lurus