MUHAMMAD IZZ IRFAN BIN MOHD FAHMI SAM BANDAR BARU SALAK TINGGI
SolarLite Mini ialah sebuah lampu LED meja bersaiz kecil yang menggunakan tenaga suria sebagai sumber tenaga utama. Projek ini dibangunkan untuk menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui serta mengurangkan kebergantungan kepada elektrik konvensional. Panel solar berfungsi menukarkan tenaga cahaya matahari kepada tenaga elektrik yang disimpan dalam bateri dan digunakan untuk menyalakan lampu LED apabila diperlukan. Penggunaan LED yang cekap tenaga menjadikan lampu ini menjimatkan elektrik, mesra alam dan sesuai digunakan di rumah, sekolah serta semasa gangguan bekalan elektrik. Projek ini berpotensi dikomersialkan sebagai produk pencahayaan alternatif yang praktikal dan berimpak positif terhadap alam sekitar.