SHIVANYA A/P RAJENDRA RAO SJKT SUNGKAI
Artikel ini menghuraikan pelaksanaan program yang berteraskan elemen Industri,Inovasi dan Infrastruktur dalam kalangan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungkai. Program ini dirangka dengan objektif untuk meminimumkan risiko penggunaan bahan kimia berbahaya dalam keperluan harian melalui penciptaan alternatif yang lebih selamat dan mesra alam.Inisiatif ini telah diperkenalkan pada tahun 2003 dan melibatkan penyertaan tiga orang murid Tahun 6 serta seorang guru sebagai fasilitator utama. Dalam pelaksanaan inovasi ini, murid telah diberi bimbingan untuk mereka cipta bahan pembersih tembaga berasaskan sumber semula jadi. Proses ini turut mendedahkan murid kepada konsep bahawa penggunaan pelbagai jenis pencuci mampu memberikan kesan berbeza terhadap tahap kebersihan dan kilauan permukaan tembaga.Melalui pelaksanaan inovasi ini, murid bukan sahaja didedahkan kepada aspek saintifik dan alam sekitar, malah turut diberi peluang untuk meneroka potensi pemikiran kreatif dan inovatif secara aktif. Program ini secara tidak langsung berupaya merangsang motivasi intrinsik murid untuk berfikir secara kritis serta mengaplikasikan bahan semula jadi sebagai alternatif kepada produk komersial.Selain itu, murid juga dapat mempelajari cara menjimatkan kos dengan menggunakan bahan buangan untuk menyimpan produk.
Kata kunci: Kelestarian Alam Sekitar, Inovasi Hijau, Pembersih Tembaga SemulaJadi, Pemikiran Kreatif, Transformasi Pendidikan Merekacipta bahan pembersihanyang menjaga Alam Sekitar, Pengunaan Bahan Buangan.