YS1068: MPT

Anisyah Binti Asis SMK SANDAKAN

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.3333 | 11 Likes | 33 Views | 9 times | LS: 23.7
Like it? | Support them now!

My Property Tax (MPT) ialah satu inovasi pendidikan abad ke-21 yang bertujuan untuk memudahkan proses pembelajaran topik percukaian KSSM Matematik Tingkatan 5. Pada masa kini, sering diperhatikan bahawa pelajar kurang mengambil bahagian dalam proses pembelajaran terutamanya dalam topik percukaian KSSM Matematik tingkatan 5 di sekolah. Selain itu, pelajar diperhatikan sukar memahami topik ini. Pelajar juga sukar menghafal info-info penting dalam topik ini. Hal ini secara langsung menyumbang kepada prestasi murid-murid yang kurang memuaskan dalam subjek Matematik. Inovasi MPT mengaplikasikan konsep role-play dalam menerangkan topik percukaian berdasarkan buku teks KSSM Matematik Tingkatan 5. Impaknya, pelajar akan lebih melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Tambahan pula, pelajar lebih mudah memahami topik percukaian KSSM Matematik kerana wujudnya komunikasi dua hala antara pelajar. Malahan, pelajar akan lebih mudah untuk mengingat info-info penting berkaitan topik ini. Maklum balas yang diperoleh amatlah positif. Salah seorang pelajar menagatakan bahawa bahan pembelajaran lebih mudah diserap dan diingat dengan mengimplimentasikan inovasi MPT dalam proses pembelajarannya.