NUR HIDAYU BINTI ZOLCAPLI SK BAGAN SERAI
Kit Magic Sirah Box merupakan inovasi bahan bantu mengajar interaktif dan digital yang dibangunkan untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun 1 terhadap peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW selaras dengan Standard Kandungan 5.1 dalam DSKP Pendidikan Islam. Kajian menunjukkan murid menghadapi kesukaran mengingat fakta serta menceritakan semula kisah sirah secara tepat apabila hanya menggunakan kaedah tradisional.
Inovasi ini terdiri daripada lima komponen utama iaitu Magic Sirah Box (model interaktif berwarna-warni), Easy Sirah Book (aktiviti velcro), Lagu Sirah yang boleh diakses melalui kod QR YouTube, SimpleBooklet Tentera Bergajah (bahan digital berbentuk pautan interaktif), dan Kuiz Wordwall sebagai penilaian kendiri secara atas talian. Keseluruhan kit ini direka bentuk dengan kos rendah menggunakan bahan kitar semula dan disokong oleh teknologi digital yang mudah dicapai oleh murid dan guru.
Pendekatan pembelajaran ini menggabungkan unsur visual, audio dan kinestetik melalui konsep bermain sambil belajar serta akses digital kendiri. Reka bentuknya yang mesra pengguna, mudah alih, dan boleh digunakan semula menjadikan inovasi ini sesuai digunakan oleh murid arus perdana, murid berkeperluan khas (PPKI) serta prasekolah.
Dapatan daripada Ujian Pra dan Pos menunjukkan peningkatan signifikan dalam penguasaan murid terhadap kandungan sirah. Secara keseluruhannya, Kit Magic Sirah Box merupakan inovasi berimpak tinggi yang membuktikan keberkesanan sebagai inovasi pendidikan abad ke-21 yang bersifat interaktif, digital, lestari dan menyeronokkan dan mudah difahami oleh semua murid.