YS1356: NETBALL SCORE COUNTER
YOHANNES TINGANG PETER KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Projek membangunkan Netball Score Counter di tapak latihan bola jaring Kolej Vokasional Miri ini merupakan suatu sistem terbenam (embedded system). Netball Score Counter ini dikawal menggunakan Embedded Development Arduino Uno yang menggunakan mikropengawal Arduino Uno R3 sebagai pemprosesan utama kendalian. Tujuan projek ini dibuat kerana masalah yang sering dihadapi oleh atlet bola jaring dalam menjalani latihan di gelanggang Kolej Vokasional Miri yang
sering menghadapi masalah fokus dalam latihan dan menjadi beban bagi mengira jumlah jaringan secara manual. Objektif utama projek ini dibina adalah untuk mereka bentuk Netball Score Counter dengan menggunakan Embedded Development
Arduino Uno. Skop projek ini hanya dijalankan di tapak latihan Kolej Vokasional Miri. Projek ini hanya boleh menggunakan Embedded Development Arduino Uno, perisian Arduino IDE untuk membina aturcara. Projek ini telah dianalisa menggunakan borang soal selidik dan pengesahan pakar. Berdasarkan data yang diperolehi, projek ini telah berjaya mencapai objektif dan berjaya membantu atlet bola jaring untuk menjalani latihan tanpa mengira jumlah jaringan secara manual dan mencapai target menjaringkan bola sehingga 200 jaringan.