MUHAMMMAD AQIL RIFQI BIN ROZMI SM TEKNIK KUALA TERENGGANU
Inovasi Binbot merupakan inovasi tong sampah pintar berasaskan teknologi yang direka untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sisa pepejal, khususnya di kawasan bandar yang padat. Inovasi ini menggunakan alat pengesan pergerakan, sistem pengesanan tahap kuantiti sampah yang menggunakan sistem IoT. Tong sampah ini mampu berfungsi secara automatik tanpa memerlukan sentuhan tangan seacra terus sekali gus mengurangkan risiko pencemaran dan penyebaran penyakit. Inovasi ini bukan sahaja menyumbang kepada kebersihan diri dan persekitaran malah juga meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan teknologi dalam menjaga alam sekitar.