NAUFAL AQASHA BIN MOHD KHAIRULNIZAM SMK TUN FATIMAH HASHIM
Inovasi Miracle Vempu Soap ini adalah bertujuan untuk merawat kulit sensitif dan penyakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal, kudis dan kulit kering. Kebelakangan ini, bilangan manusia yang menghidapi masalah penyakit kulit semakin meningkat kerana kebanyakan sabun yang dijual di pasaran mengandungi bahan kimia yang membahayakan kulit seperti 1,4 Dioksan, Sodium Lauryl Sulfate dan triclosan.
Oleh itu, Miracle Vempu Soap dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan organik untuk meminimumkan kadar masalah penyakit kulit. Daun Azadirachta Indica (pokok semambu) dan daun Moringa oleifera (pokok kelor) dimasukkan ke dalam sabun kerana mempunyai pelbagai khasiat pada kulit dan dipercayai dapat merawat penyakit kulit.
Menurut Sidhu, Vishal Kumar dan Behl (2004), Azadirachta indica mengandungi nimbin dan salanin yang bersifat antioksidan, antibakteria, analgesik, antikulat dan anticancer. Menurut Pratiksha dan etl (2021), daun semambu dapat meningkatkan tindak balas imun yang berdekatan dengan kawasan tisu kulit yang terjejas dan membangunkan sel-sel serta tisu-tisu kulit yang baharu. Menurut Norazlina, Amirah Husna dan Shakirah (2024), sehingga 80% daripada penilaian pesakit kulit sensitif menunjukkan sabun semambu sangat bagus dan berkesan.
Menurut Garg dan etl (2024), Moringa oleifera mengandungi bahan bioaktif seperti tanins, flavonoid dan asid lemak. Menurut Matin (2021), tanins dapat merawat keradangan kulit dan kecederaan pada kulit. Asid lemak bersifat anti-radang dan dapat membantu melembabkan kulit (Young, 2022). Tambahan pula, flavonoid berupaya melambatkan atau mencegah kemerosotan kulit yang berkaitan dengan penuaan.
Penggunaan sabun organik ini dapat mengurangkan kemerahan dan kegatalan kepada kulit kerana tidak mempunyai bahan kimia yang dapat membahayakan kulit.