NUR ADLINA SYAHIRAH BINTI AHMAD AZMI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU PADANG
Penguasaan Jawi yang ampuh bukan sahaja bertujuan untuk mengangkat martabat tulisan Jawi sebagai satu
khazanah warisan bangsa bahkan mampu melahirkan generasi yang holistik dari aspek penguasaan kandungan ilmu
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dengan berkesan. Penguasaan suatu ilmu pengetahuan pastinya berhubung
kait dengan amalan pengajaran guru yang meliputi kreativiti guru tersebut dalam merancang aktiviti, kaedah serta
strategi yang efektif. Kendatipun begitu, terdapat isu yang diketengahkan daripada kajian lepas di mana penguasaan
murid dalam bidang Jawi masih berada di tahap yang rendah berikutan daripada amalan pengajaran guru
Pendidikan Islam yang kurang berkesan. Justeru itu, inovasi digital e-JaJam ini dirangka dan dicipta bagi
menyelesaikan isu yang telah berbangkit dalam dunia pendidikan masa kini. Penggunaan digital sebagai bahan bantu
mengajar ini dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang interaktif seterusnya mampu melahirkan
generasi yang celik Jawi. Hal ini berikutan daripada kemampuan bahan bantu mengajar yang dapat meningkatkan
tahap keterlibatan murid melalui aktiviti main peranan sekaligus melibatkan elemen visual, auditori dan kinestetik
untuk meraikan kepelbagaian gaya pembelajaran individu.