FADHIL LATIFFI BIN SHAHRUDDIN INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)
Light Dependent Safety Power Socket (LD-SPS) direka bagi meningkatkan tahap keselamatan penggunaan peralatan elektrik dalam persekitaran kerja yang bergantung kepada pencahayaan. Masalah utama timbul apabila pencahayaan gagal berfungsi tetapi alatan elektrik masih menerima bekalan kuasa, mengakibatkan risiko kemalangan serius. Ini adalah kerana sistem pendawaian mengasingkan bahagian pencahayaan dan kuasa dengan kadaran kepekaan peranti perlindungan yang berbeza.
Inovasi ini berfungsi secara automatik memutuskan bekalan kuasa apabila pencahayaan terpadam, seterusnya memutuskan bekalan kuasa kepada mesin atau alatan bagi menghalang operasi mesin dalam gelap. Sistem hanya akan mengaktifkan semula kuasa apabila cahaya kembali normal dan butang reset ditekan secara manual oleh pengguna bagi membolehkan mesin dioperasikan semula.
Pendekatan ini memastikan kawalan sepenuhnya berada ditangan pengguna, mengurangkan risiko kecederaan dan kerosakan. LD-SPS merupakan kaedah penyelesaian proaktif yang praktikal, mudah dipasang, dan berpotensi tinggi untuk digunakan dalam bengkel, tapak pembinaan, serta institusi pendidikan teknikal, menjadikannya satu inovasi yang selamat, kos efektif dan berimpak tinggi.